KESAN PENJAJAHAN PORTUGIS TERHADAP TANAH MELAYU ISI3
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.
SERANGAN BELANDA TERHADAP PORTUGIS DI MELAKA ISI3
Belanda mempunyai objektif mereka tersendiri iaitu ingin menjadikan Melaka sebagai penjajahan takluk mereke. Pada tahun 1597 pihak belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka .Seterusnya pada tahun 1606 , pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka . ( Percubaan seama 3 bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. )
Berikutnya , pada tahun 1615-1616 Acheh menyerang Melaka . Manakala pada tahun 1628 - 1629 Acheh memerintah Melaka selama 8 bulan sebelum pihak Portugis mengambil Melaka kembali .
Akhirnya , pada tahun 1636 kapal Portugis di pelabuhan di musnahkan oleh kapal Belanda .
(MODEL KAPAL PORRUGIS FLOR DE LA MAR)
( LOKASI KAPAL PORTUGIS TENGGELAM DAN MENJADI MISTERI SEHUNGGA KINI)
KETERANGAN TENTANG KAPAL PORTUGIS ISI3
Kapal Flor De La Mar merupakan sebuah kapal dari armada Portugis yang bertanggungjawab dalam penaklukan Melaka pada tahun 1511 . Kapal Flor De La Mar yang sarat dengan muatan harta rampasan Kesultanan Melayu Melaka bersama 3 buah kapal lain iaitu Enxobregas , Trinidade dan Jong Jawa . Kapal ini merupakan salah satu daripada kapal-kapal yang turut serta dalam pelayaran pulang Alfonso de Albuquerque pada 20 Januari 1512 selepas selesai menakluki dan mengasaskan pentadbiran baru di Melaka . Selepas enam hari belayar , kapal ini ditimpa bencana sehingga menyebabkannya karam dan tenggelam di Perairan Aru bersama-sama khazanah Kesultnan Melayu Melaka . Sehingga kini kewujudan harta karunnya masih menjadi misteri.
PENTADBIRAN PORTUGIS DI TANAH MELAYU ISI 3
PENTADBIRAN Melaka oleh Kapten Kota yang akan bertanggungjawab melaporkan tugasan pentadbirannya kepada Wizurai Goa . Kemudiannya , Wizurai Goa pula bertanggungjawab melaporkan laporan pentadbiran yang telah disampaikan kepadanya daripada Kapten Kota kepada Raja Portugal . Kapten Kota dibantu oleh kapten Jeneral . Ketua Hakim , Datuk Bandar dan Biskop di mana mereka bersama-sama berganding bahu menguruskan hal ehwal pentadbiran awam , kewangan dan keagamaan Bendahara , Temenggong dan Shahbandar ditugaskan mengurus hal ehwal pentadbiran awam , kewangan dan keagamaan . Bendahara , Temenggong dan Shahbandar di tugaskan mengurus semua perkara mengenai hal ehwal penduduk tempatan manakala ketua - ketua atau kapten - kapten kepada pelbagai komuniti menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan komuniti masing - masing .
PENENTANGAN TERHADAP PORTUGIS ISI 3
Penduduk Portugis di Melaka dari 1511 hingga 1641 menghadapi serangan daripada
angkatan bekas Sultan Melaka , Johor , Acheh dan Belanda . Angkatan Melaka menyerang Portugis di Melaka untuk menguasai Melaka . Dalam serangan ini , angkatan Melaka mendapat bantuan daripada Puteh Unus , Raja Japara , Jawa dan Puteh Kadir , menantu Uti Mutiaraja ; tetapi menghadap kegagalan . Sultan Mahmud menghantar angkatan di bawah pimpinan Hang Nadim menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1516 dan 15168 . Dalam pada itu , Sultan Mahmud mendapat bantuan daripada Raja Indera Giri , Raja Siak ( Raja Abdullah ) , Raja Beruas dan Raja Harun dalam menangkis serangan Portugis ke atas Bintan pada tahun 1521 dan 1523. Walau bagaimanapun , Sultan Mahmud gagal menentang kemaraan Portugis ke atas Bintan pada tahun 1526 . Sultan Mahmud akhirnya berundur ke kampar dan dinobatkan sebagai Sultan Kampar . Dua tahun selepas iu baginda mangkat , dan dikenalu sebagai Marhum Kampar .
Perjuangan menentang Portugis ini diteruskan oleh Kesultanan Johor . Pada tahun 1511 Sultan Alauddin Riayat Shah mendapat bantuan dari Perak , Pahang dan Japara . Baginda berjaya mengumpulkan kira-kira 200 buah kapal dan 5000 tentera untuk menlancarkan serangan terhadap Portugis di Melaka . Walaupun setelah beberapa bulan mengepung Kota Melaka , angkatan Sultan Ali Jalia Abdul Shah dan Sultan Abdul Jalil Shag III.
Portugis di Melaka juga diserang oleh angkatan Acheh . Antara matlamat serangan ini adalah untuk menawan Melaka , menguasai perdagangan dan meluaskan pengarah politik di selat Melaka . Acheh di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah Al - Kahar menyerang Portugis pada tahun 1537 , 1547 dan 1582 . Semasa pemerintahan sultan Iskandar Mahkota Alam (1629) , Acheh melancarkan serangan ke atas Portugis tetapi gagal dan kira-kira 19000 orang tentera Acheg telah terkorban .
Selain daripada orang Melayu , pihak Belanda juga menyerang Portugis di Melaka . Mereka hendak menguasai Kota Melaka dan perdagangan di Selat Melaka . Pada tahun 1602 , 1603 , 1606 dan 1607 , angkatan Belanda telah menyerang dan mengepung Melaka . Hanya pada tahun 1641 , dengan bantuan kerajaan Johor , pihak Belanda berjaya menawan Melaka . Ketika itu , Sultan Abdul Jalil Shah III menghantar 40 buah kaoak dan 1500 tentera yang diketuai oleh Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menamatkan kuasa pemerintahan Portugis di Melaka
No comments:
Post a Comment