Admin Message Credits Affies

Tuesday, 18 October 2016

ISI 1

PRAKATA ISI 1


Pengajian Malaysia bertujuan memupuk penghayatan ke arah melahirkan generasi yang setia dan cintakan negara , berwawasan , bangga menjadi rakyat MALAYSIA , seterusnya membentuk kelompok masyarakat yang mempunyai daya juang yang tinggi dan mampu menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Pengetahuan yang luas tentang negara MALAYSIA akan memberikan penghayatan tentang sejarah dan politik,perlembagaan Malaysia , kemesyarakatan dan perpaduan , pembangunan negara dan isu isu keprihatinan negara.

PENGENALAN NEGERI MELAKA ISI 1

  Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka. Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagumdengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri disitu. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut. PilihanParameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatanganpedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini. Melaka terus terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. Antara barang dagangan yang boleh didapati di Melakaadalah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu. 

Parameswara( Raja Iskandar Shah )

Gambar di atas adalah contoh Pelanduk Putih yang membawa sejarah kepada negeri Melaka.

Gambar di atas menunjukkan contoh pokok melaka tempat di mana Parameswara berehat.

PORTUGIS DI MELAKA ISI1

semasa zaman kegemilangan kesultanan melaka , Pelabuhan Melaka menjadi tumpuan perdagangan dan saudagar-saudagar asing. Kelebihan inilah yang kemudiannya menimbulkan keinginan portugis mengutusa emisarinya iaitu Francisco d'Almeida ke Melaka . Walau bagaimanapun beliau hanya sempat tiba ke Kalikut sahaja . Seterusnya Raja Portugal menghantar Diego Lopez de Sequeira ke Melaka untuk menjalinkan hubungan baik dengan Melaka tetapi gagal kerana delegasi tersebut telah ditawan dan Sequeira berjaya meloloskan diri walaupun sesetengah daripada pengikutnya dapat ditawan.Berita penawanan ini menyebabkan Raja Portugal menghantar ankatan armadanya untuk menyerang Melaka di bwah pimpinan Mendes de Vasconcellos dan di susuli pula angkatan pimpinan Alfonso de Albuquerque yang menyerang melaka pada tahun 1511 . Angkatan ini cuba ditentang angkatan Melaka di bawah pimpinan Sultan Ahmad (putera Sultan Mahmud ) namunkemaraan angkatan Portugis gagal dihalang dan akhirnya melaka berjaya di tawan 24 Ogos 1511 . Keturunan Kesultanan Melaka  yang berjaya melarikan dieri kemudiannya telahg mengasaskan sebuah kerajaan baru johor yang dikenali sebagai Kesultanan johor.







KONSEP PENJAJAHAN ISI 1

Penjajahan merujuk kepada penguasaan dan kawalan kuasa asing terhadap sesebuah wilayah dan penduduknya atas kepentingan politik , ekonomi , dan sosial . Penjajah Portugis menduduki melaka selama 130 tahun , iaitu daripada tahun 1511 hingga tahun 1641.walaupun begitu lama menjajah  Melaka . Namun Portugis tidak bejaya meluaskan pengaruhnya.usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau misalnya gagal . Pengaruhnya hanyalah di sekitar bandar Melaka . Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berkesan . Antara kesan peninggalan penjajah Portugis hingga ke hari ini ialah kewujudan masyarakat,akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan , pengenalan tulisan rasmi kepada  masyarakat melayu , kewujudan perkataan yang berasal dari bahasa Portugis (seperti palsu , almari , jendela , garpu dan tuala) kesan yang penting ialah kejatuhan kesultanan melayu melaka dan membawa kepada kemunculan kerajaan melayu-Riau , namun pengaruhnya tidak berkesan .



PENGENALAN PENJAJAHAN PORTUGIS ISI 1


Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. British merupakan negara penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan ke atas sosio budaya di Tanah Melayu. Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British 1824 sehingga 1957 dan Jepun 1941 sehingga 1945





TUJUAN UTAMA KEDATANGAN PORTUGIS KE TANAH MELAYU ISI 1

  • Menguasai perdagangan rempah ratus yang dimonopoli oleh pedagang islam.
  • Ingin mengukuhkan dan meluaskan kuasa di timur.
  • Menyebarkan agama kristian.

No comments:

Post a Comment