Admin Message Credits Affies

Tuesday, 18 October 2016

ISI 2


CARA PORTUGIS MENYERANG MELAKA ISI 2

   Orang portugis mempunyai perancangan untuk menakluki melaka iaitu dengan cara menawan jambatan yang berhampiran Kuala Sungai Melaka  agar orang Melaka terpecah dua .Orang Portugis sangat mengetahui kegunaan titi itu , maka dengan seberapa daya mereka mencuba merobohkannya . Apabila telah dekat titi itu pun ditembak mereka lalu roboh , maka susahlah orang melayu yang di Bukit Melaka  hendak berhubung dengan orang melayu di Bandar Melaka .

   Selain itu , portugis telah mendarat dan menyerang dari dua tempat iaitu Selatan Melaka dan Utara Melaka . Serangan - serangan orang Portugis berlaku pada 25 Julai 1511, pada masa ini orang Melaka dapat mempertahankan Melaka dari serangan orang Portugis  apabila orang Portugis gagal menawan jambatan Melaka . Pada 10 Ogos 1511 , orang portugis menyerang melaka lagi dan pada 24 ogos 1511 , orang portugis telah berjaya menawan melaka .

SISTEM PENTADBIRAN PERDAGANGAN PORTUGIS DI MELAKA : ISI 2


  • Kapal-kapal pedagang wajib membayar cukai sebanyak 6% - 10% daripada hasil dagangan.
  • Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang
  • Portugis memonopoli hasil barang dagang utama (membeli dengan harga rendah dan menjual dengan harga yang tinggi)





FAKTOR PENJAJAHAN PORTUGIS ISI 2


Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque.Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.


KELEMAHAN PEMERINTAHAN MELAKA PUNCA DIJAJAH ISI2

PENJAJAHAN Melaka oleh Portugis pada 1511 turut berpunca daripada beberapa kelemahan negara itu sendiri.

Melaka yang dibuka pada 1400 oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Shah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai sebuah kerajaan dan pusat perdagangan di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah iaitu dari 1458 hingga 1477.

Bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, zaman kegemilangan Melaka semakin menurun. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan baginda, mati diracun pada 1488 seterusnya diganti Sultan Mahmud Shah.

Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah, beberapa masalah dalaman timbul dalam Kerajaan Melaka antaranya kelemahan pentadbiran, masalah perpaduan, kelemahan ketenteraan sehingga akhirnya, kedatangan dan serangan Portugis menyebabkan Melaka akhirnya dijajah.

Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan berlaku apabila Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada 1498 dan jawatannya diganti Bendahara Tun Mutahir yang bersikap pilih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan pembesar lain.

Sikap pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba mengatasi kekayaan Sultan menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka. Tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun Mutahir dan keluarganya.

Selepas kematian Tun Mutahir, barulah Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya. Dalam kekesalahn, baginda menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anakandanya, Sultan Ahmad Shah tetapi pengganti baginda adalah seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.

Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih Putih adalah seorang yang uzur menyebabkan kewibawaan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah. Masalah dalaman semakin menjadi-jadi dengan amalan rasuah dan fitnah berleluasa.

Cukai kepada pedagang pula semakin tinggi menyebabkan pedagang mula beralih untuk berniaga di pelabuhan lain yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.

Masalah perpaduan di kalangan penduduk Melaka timbul apabila Tun Mutahir dilantik sebagai bendahara menggantikan Tun Perak. Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan persaingan antara Orang Melayu dengan India-Muslim dan kemuncak masalah adalah pembunuhan Tun Mutahir akibat fitnah.

Kesan masalah itu turut merebak kepada rakyat jelata di mana masyarakat Melaka semakin berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Keadaan itu turut menjejaskan perdagangan di Melaka.

Kelemahan askar Melaka yang hanya menggunakan senjata tradisional seperti keris, panah, sumpit beracun, perisai dan tombak turut menjadi punca kekalahan dan penjajahan Melaka oleh Portugis.

Walaupun ada antara tentera Melaka menggunakan senapang dan meriam, senjata api milik Portugis ternyata lebih hebat malah meriam mereka mampu menembak ke sasaran yang lebih jauh.

Struktur dan strategi ketenteraan Portugis juga nyata lebih lengkap dan terlatih berbanding tentera Melaka. Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa semasa melancarkan peperangan sebaliknya askar upahan Melaka dari Jawa bertindak melarikan diri semasa serangan Portugis.

Semua kelemahan itu menyebabkan Melaka akhirnya berjaya dijajah Portugis dan seharusnya ia menjadi iktibar kepada kita pada hari ini, semoga sempena kemerdekaan negara yang ke-50, sejarah hitam penjajahan itu tidak akan berulang .

No comments:

Post a Comment